Lagi Kes Remaja Hilang, Yang Ni LAGI PELIK!
Simpang Renggam: Seorang ayah menyatakan kerisauannya selepas menyedari anakknya telah menghilangkan diri dengan meninggalkan sekeping nota dijumpainya di kediaman mereka di Kampung Batu 7, Blok 3 pada 28 Disember lalu.
“Assalamualaikum, sewaktu mak sedang baca surat ini, Angah dah tiada di Simpang Renggam, Angah sudah berada di Gunung Ledang untuk bertapa,” itu adalah sedikit petikan apa yang tulis oleh anaknya di dalam nota berkenaan.
Ibrahim Abd Jamel, 61, berkata, anaknya, Mohd Azhan, 18, dipercayai keluar dari pintu dapur tanpa disedari oleh sesiapa kira-kira jam 7.30 pagi di mana sebelum ini anak-anaknya yang lain berada di dalam bilik mereka manakala isterinya, Siti Hawa M Said, 46, berada di dalam bilik mandi.
Ibrahim dan isteri pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa namun selepas menjelang senja anak kedua dari lima adik beradik itu tidak pulang, apatah lagi telefonnya ditutup dan tidak boleh dihubungi.
“Sebaik memeriksa bilik Azhan, kami terkejut apabila mendapati sepucuk surat yang diletak di atas meja kecil menyatakan dia berhasrat mencari ketenangan dengan bertapa di Gunung Ledang.
“Lebih menghairankan di dalam surat itu, dia meminta kami tidak khuatir makan minum dan kehilangannya hanya sebulan sambil mengatakan meminta maaf lebih senang daripada minta izin,” katanya dipetik Harian Metro.
Dia yakin anaknya dibawa pihak tertentu kerana tidak mungkin dia boleh bertindak keluar sehelai Ibrahim di talian 014-6171992 atau bali polis berhampiran.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan keluarga remaja terbabit dan siasatan sedang dijalankan. - Siakapkeli.my
Related Articles :
Perang Dunia Ke-3 Telah Bermula Awal Jam 3AM Tadi Tanpa Kita Sedar! Allahuakbar Sebuah gambar dari Kementerian Pertahanan Rusia yang memperlihatkan serangan bom dari Pesawat Tempur Tupolev TU-22 milik Rusia meny ...
Akhirnya Kemelut Jawatan MB Kedah Berakhir, Inilah MB Baharu Yang Akan Diumumkan Hari Ini! ALOR SETAR: Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Ma ...
Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu Yang Lebih Moden, Jom Tengok! KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skua ...
Hajat Berkahwin Tidak Direstui, Baca Apa Tindakan Gadis 19 Tahun Ini! JOHOR BAHRU - "Minta bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari rumah sejak semalam bersama seorang lelaki Bangladesh. ...
Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 13 Bulan Lalu? Inilah 3 Foto Terbaru Beliau! Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal bersendirian di rumah. ...