Akhirnya Kemelut Jawatan MB Kedah Berakhir, Inilah MB Baharu Yang Akan Diumumkan Hari Ini!

ALOR SETAR: Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain. 

Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu. 


BH menerima notis mengenai sidang media itu daripada Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, jam 11.30 malam tadi tetapi beliau enggan mengulas lanjut. 

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. 

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti. 

Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai.   

Seorang ADUN memberitahu BH, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin. 

Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti. 

"Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat. - bhonline


UPDATE TERKINI:
KUALA LUMPUR – Kemelut jawatan Menteri Besar Kedah dijangka berakhir pagi ini (Rabu- 3 Februari) apabila Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Dijangka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din akan mengumumkan nama Menteri Besar baru itu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya melalui satu sidang media pada pukul 10 pagi.

Keputusan tersebut dicapai setelah jemaah pangkuan raja selesai bermesyuarat pada malam tadi di Istana Anak Bukit.


Sejak 20 Jan lepas, suasana politik di Kedah ‘panas’ apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – MYNEWSHUB.CC

Akhirnya Kemelut Jawatan MB Kedah Berakhir, Inilah MB Baharu Yang Akan Diumumkan Hari Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel