Padah ‘Berangan’ Jadi Askar, Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Pekerja Dobi Warga Asing Ini!


RIYADH – Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera milik pelanggannya itu boleh menyebabkannya ditangkap.

Pekerja yang dipercayai berasal dari India atau Pakistan itu ditahan sehari selepas memuat naik gambarnya menerusi media sosial dengan berpakaian tentera.

Media tempatan melaporkan, polis berjaya mengesan kedai dobi tempatnya bekerja di timur Arab Saudi dan terus membawanya ke sebuah balai polis berhampiran.

Jurucakap polis Leftenan Kolonel Ziad Al Rugaiti berkata: “Dia ditangkap kerana memakai pakaian seragam tentera pelanggannya, selain turut memakai baju-baju lain.”

Dianggarkan terdapat lebih 9 juta pekerja asing di Arab Saudi, dengan 1.3 juta berasal dari India dan kira-kira 900,000 orang masing-masing dari Pakistan dan Mesir.

Laimnya, sektor bergaji mahal khasnya industri petroleum dan gas dikuasai warga Barat manakala sektor bergaji kecil seperti pembinaan dimonopoli rakyat Asia Selatan. – Agensi/myMetro Online

Padah ‘Berangan’ Jadi Askar, Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Pekerja Dobi Warga Asing Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel