GEMPAR! Anwar Ibrahim Terima Ugutan Bunuh di Penjara?


Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar. 

“Saya mendapat alamat, ada orang mengunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar. 

“(Disebabkan itu) ada pihak tertentu telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguan makhluk halus itu. 

Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan yang tidak diinggini. 


Di dalam upacara menghalau ‘hantu raya’ pentang tadi, Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya selain teropong buluh dan dua biji buah kelapa. 

Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar. 

Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik. - SuaraTv 

GEMPAR! Anwar Ibrahim Terima Ugutan Bunuh di Penjara? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel