Gambar Kalimah Allah Di Langit: EDIT ATAU BETUL ? INI Penjelasan PEMILIK GAMBAR!


Sejak siang tadi, sekeping gambar yang memperlihatkan awan berbentuk kalimah Allah di perkarangan rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan menjadi polemik hebat di kalangan pengguna media sosial di negara ini. 

Gambar tersebut mendapat pelbagai komen dan ulasan dari para pengguna internet. 

Ada yang kagum dan mendakwa ia sebagai tanda kemuliaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dan ada yang menganggap gambar tersebut telah diedit dengan menggunakan aplikasi khas. 


Menerusi sebuah print screen yang diambil dari laman Facebook Fizo Omar, beliau mengatakan gambar tersebut telah ditangkapnya sendiri dan menzahirkan gambar itu sebagai betul. 

Fizo mendakwa dia lambat perasan hakikat kejadian itu. 

Anda boleh lihatnya di bawah. 


Apa pendapat anda? 

Mungkinkah terdapat pihak yang sengaja mengubah gambar asal atau gambar tersebut sememangnya original? 

Bukan sama sekali hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini. 

Cuba baca di bawah ini pula, andai apa yang diceritakan pemuda ini benar, sudah pasti Allahyarham juga tidak akan suka dengan sikap melampau yang dipertontonkan banyak pihak. 


Apa-apa pun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. -mynewshub 

Kredit: kamithemedia.blogspot.com 

Gambar Kalimah Allah Di Langit: EDIT ATAU BETUL ? INI Penjelasan PEMILIK GAMBAR! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel