Video: Raja Bomoh Kembali, Kali Ini Halau Hantu Raya yang Ganggu Anwar!



 

Sebelum ini Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zin telah mencuba kehebatan bomohnya dalam mencari pesawat Malaysia Airline, MH370 pada tahun lalu.

Dengan menggunakan teropong ajaib, buah kelapa serta bubu ritual dilakukan namun sampai sekarang pesawat berkenaan masih belum ditemui.

Terkini, menerusi portal Suara TV, Raja Bomoh ini kembali beraksi dengan ritual menghalau gangguan hantu raya yang dihantar untuk membunuh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun kali ini nampaknya lebih hebat, mungkin kerana kegagalannya pada sesi ritual lepas mencari MH370, kali ini turut hadir permainan golf dalam ritualnya.

Tidak tahulah apa keadaan Anwar Ibrahim sekarang sekiranya benar diganggu oleh hantu raya lebih-lebih lagi di dalam penjara. Di harap Anwar Ibrahim selama-selamat sahaja hendaknya.

Apa-apa pun mari kita saksikan ritual yang sangat unik ini. - Siakapkeli.com.my

Video: Raja Bomoh Kembali, Kali Ini Halau Hantu Raya yang Ganggu Anwar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel