Lelaki Terbangkan 'Drone' Ancam Keselamatan Pesawat Mendarat Di KLIA!


Seorang pengguna Facebook bernama Edward Chew memuat naik empat gambar milik seorang pengguna Instagram dan menyatakan kebimbangan beliau akan tindakan lelaki itu yang didakwa boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Edward, lelaki yang bernama Yeng Nasir telah menerbangkan Drone yang baru dimilikinya 15 minggu yang lalu di kawasan Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merakam beberapa pesawat mendarat di landasan berkenaan.


"Dear friends, am sure you know 'Drones' are getting so popular nowadays, and it's so easily available from cheap to expensive, from specialized shop to malls and even some camera shops.

"But please, there are what you can do and what you should not do with these flying machines. Like this guy below, he deliberately flying close to get a shot of the plane landing at KLIA!

"Your DJI Phantom has a famous 'Fly-away' issue that you don't have control with. What if at that moment it decided to fly itself towards the plane? Another headline worldwide for Malaysia Airlines?

"Pass this around, educate your friends these flying machines aren't to be taken lightly. Just imagine spining blade cutting yourself or a 1 KG object fallen to your head from the above," katanya di laman Facebook.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, kami mendapati Yeng Nasir memberikan penjelasan berikut sebelum menerbangkan drone di kawasan KLIA itu:

"Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode," kata Yeng Nasir menjawab persoalan rakannya di Instagram sama ada tindakannya itu berbahaya ataupun tidak.

Namun, perkara yang ditimbulkan oleh Edward mempunyai asas yang kukuh. Adalah lebih baik para pemilik Drone tidak menyalahgunakan Drone di tempat-tempat larangan khususnya di kawasan KLIA atau mana-mana lapangan terbang.

Tindakan seperti ini sangat membahayakan pesawat-pesawat yang membawa ratusan penumpang yang datang dari luar mahupun dalam negara. Bayangkan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, sekali lagi Malaysia akan menjadi perhatian dunia di atas tindakan yang tidak bijak dari para penggemar Drone yang menyalahgunakan 'gadget' ini ditempat larangan.

Pihak lapangan terbang patut mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak dan mengenakan tindakan tegas jika menerbangkan sebarang jenis objek yang dikhuatiri membahayakan pesawat yang mendarat di lapangan terbangnya. 

Difahamkan, beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand dan beberapa buah negara yang lain telah mengharamkan penggunaan Drone di negara mereka atas alasan berlakunya 'pencerobohan' yang tidak sepatutnya. 

Jangan sampai kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Drone sehingga menjejaskan periuk nasi dan perkhidmatan Drone yang lain.

Lelaki Terbangkan 'Drone' Ancam Keselamatan Pesawat Mendarat Di KLIA! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel