Kisah Pemuda Sukarelawan Banjir Yang Hebat Dan Berhati KENTAL!
Jika boleh saya nobatkan, anak muda inilah anggota Jabatan Amal Kuala Krai yang paling istiqamah dan ikhlas dalam bertugas sepanjang bencana banjir ini melanda.
Bermula daripada 21hb Disember lagi, hari pertama banjir melanda, anak muda ini membantu mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap di Taman Orked, puluhan keluarga dibawa naik sampan dan dia menjadi kemudi dengan mengharung di air yang dalam, menarik sampan ini dengan berenang di hadapan sampan. Dari subuh hingga lepas azan maghrib, bertugas memindahkan rakyat yang terperangkap.
Rehat sejam hingga isya, kemudian rumahnya sendiri ditenggelami air malam tersebut, bergelut lah pula dengan air yang naik mendadak menyelamatkan nyawa keluarga orang tuanya.
Selang 3 hari kami membuka Bilik Operasi Bencana Banjir hingga lah ke saat ini, jam ini. Beliau bertugas 25jam sehari dan 8hari seminggu. Hingga ke hari ini sudah 8 hari bilik operasi ini dibuka, beliau bertugas tanpa rehat dan cuti sepanjang tempoh itu.
Namun, isya tadi, anak muda ini rebah kelesuan, keletihan dan demam panas. Sekarang di wad kecemasan Hospital Kuala Krai.
Terima kasih sahabat atas budi dan jasamu membantu rakyat selama bencana ini.
Allah swt shj yang mampu membalasnya.
Terima kasih Rhakim Rakmi
Sumber
Related Articles :
Kisah Imaginasi BANGLO DUA TIANG BESAR Seorang Ayah Menjadi Kenyataan di Johor! Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua. Masa tu, pergi bal ...
Misteri Dan Kejadian Aneh Di Air Terjun Sekayu Yang Perlu Anda Tahu! Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Terengganu sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat ini sangat terkenal u ...
Luahan Hati Pengguna Proton Kerana Tidak Tahu Kepada Siapa Harus Minta Tolong! Pembelian barang ini seolah-olah macam nasib, kadang-kadang kita baru beli benda kita dapat berkualiti dan kadang-kadang barang yang ...
Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…”Cikgu..Bila Ari Lima? Kepada adik adik yang masih bersekolah. Malam ini adik berada dimana? Mungkin adik berada di rumah sedang menonton cerita Korea bers ...
Lelaki Ini Sanggup Berhenti Jadi Jurutera Untuk Anak Sulungnya, Baca Kisahnya! Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa ...