(Video) Bapa Ikat Bayi Pada Steering Dihentam Hebat Pengguna Media Sosial!




Taiwan: Tidak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan pada steren kereta kemudiannya memusingkan steren kereta itu. Mungkin dia ingatkan itu cuma satu gurauan.

Bagaimanapun video yang dirakam oleh ibu bayi, Xia Lung dimuat naik dan tersebar di media sosial telah mendapat kencaman masyarakat.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Miao. Setelah mendapat kencaman itu barulah ibu bayi itu membuang video tersebut.

Walaupun perbuatan mereka itu mengundang kemarahan orang ramai namun tiada tindakan yang diambil terhadap pasangan itu oleh jabatan kebajikan kerana perbuatan mereka itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada bayi itu.

Pengarah Jawatankuasa Penambahbaikan Kanak-kanak, Wang Wei Jun berkata, “Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’ ─ Siakapkeli.com.my


(Video) Bapa Ikat Bayi Pada Steering Dihentam Hebat Pengguna Media Sosial! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel