Cerita Isteri Nik Aziz Mengenai TGNA Buat Hati Tambah Sayu...
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.45 malam semalam di rumahnya di Pulau Melaka.
Isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak dapat menahan sedih tetapi pada masa yang sama turut terhari apabila ratusan orang membanjiri Pulau Melaka untuk memberikan penghormatan terakhir kepada suaminya itu.
Kesemua anak dan cucu Allahyarham Nik Aziz sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka malam semalam.
“Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun. Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya,” katanya lagi.