Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.
Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.
Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.
Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:
"Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,"
Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.
Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. - Fadzil Khairi.
Kredit: TheHypeMedia.com