Halang Laluan VVIP : Ini Nasihat KPN Buat Mereka yang Ingkar!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak yang ingkar terhadap arahan polis pengiring, termasuk enggan memberi laluan kepada VVIP, boleh dikenakan undang-undang.
Katanya, mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.
"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.
"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya sebagaimana memetik laporan Bernama.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas tentang posting Facebook viral mengenai polis pengiring yang tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.
Khalid juga turut meminta beberapa portal berita yang memainkan isu berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.
"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat supaya ingkar undang-undang," katanya. - Siakapkeli.my
Related Articles :
‘Jangan Mengeluh Sebab Tak Kahwin Lagi’- Lelaki Ini Dedah Realiti Selepas Kahwin! Zaman sekarang ni ramai yang kahwin awal untuk mengadakan hubungan secara halal. Takde la orang pandang dan fikir benda bukan-bu ...
SubhanAllah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk... Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri. KLANG - Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusi ...
'Johor KELUAR Malaysia' - Penjelasan TMJ Isu Arah Turun Bendera Malaysia Di Seluruh Johor! Menjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekul ...
'Kau Pecahkan Cermin Sisi, Ingat Beli Guna Daun Ketum ke Bangkai?!' Minta maaf pada abang-abang polis yang lain. Post ini hanya ditujukan kepada anggota polis yang mengiringi orang besar yang kuran ...
(7 Gambar) Berlumuran Darah! Bangla Cuba Cabul Kanak-Kanak Di Cyber Cafe KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera teruk di bahagian kepala dalam kejadian tengah malam tadi dipercayai cuba mencabul seo ...