‘Jangan Mengeluh Sebab Tak Kahwin Lagi’- Lelaki Ini Dedah Realiti Selepas Kahwin!

Zaman sekarang ni ramai yang kahwin awal untuk mengadakan hubungan secara halal. Takde la orang pandang dan fikir benda bukan-bukan kalau lelaki bawa anak dara orang keluar malam. Tapi kahwin bukan benda main-main.

Tanya diri, fikir dan rancang adakah sekarang masanya untuk tamatkan zaman bujang? Atau sebab pressure member-member dah kahwin tapi kita belum. Lelaki ini bagi gambaran dan realiti sebenar selepas berkahwin. Adakah anda semua (bagi yang belum kahwin) dah bersedia dengan cabaran-cabaran ni?

Anda dah sedia dengan semua cabaran di bawah ni?

Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, memaafkan walaupun bukan salah sendiri, menerima kekurangan dengan senyuman, menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, berdiri, berlari silap ari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk. Dinding pun nampak macam tilam, saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umor setahun walaupun tengah penat sebakul, tidur walaupun mata masih segar bugar, tersenyum walaupun tengah moody, dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.

Walaupun bukan setiap hari begini, tapi itulah perumpamaan perkahwinan, commitment lelaki mahupun perempuan.. jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini? just prepare.

Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu...

*psst : Peringatan untuk diri sendiri yang belum berkahwin ni smile emoticon

ig : @muhammad.halqiqi 

‘Jangan Mengeluh Sebab Tak Kahwin Lagi’- Lelaki Ini Dedah Realiti Selepas Kahwin! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel