'Bro, Boleh Tolong? Aku Perlukan Duit RM300, Penting Sangat'


Ismail mengirimkan SMS pada sahabat baiknya.

"Bro, boleh tolong aku? Aku perlukan duit lebih kurang RM300. Penting sangat, darurat sangat bro. Boleh aku pinjam duit kau dulu?"

Seketika kemudian Ahmad, sahabat baiknya membalas mesej itu.

"Boleh. InshaAllah bro. Tetapi kau kena tunggu dalam setengah jam. Nanti aku transfer ke akaun kau," katanya.

Selepas setengah jam, sejam, dua jam menunggu, sahabatnya Ahmad langsung tidak memberikan langsung sebarang khabar berita. Bila Ismail menelefon ke telefon sahabatnya itu, ternyata nombor yang dihubungi tidak aktif. 

Ismail kecewa dengan sahabatnya itu. Ternyata sahabat yang disangka boleh dipercayai itu juga meninggalkan dirinya. Bahkan, hampir tiga jam sudah berlalu, telefon Ahmad masih juga tidak aktif.

Lalu Ismail mengirimkan SMS kepada Ahmad.

"Selama ini kita bersahabat baik, aku tidak pernah mengecewakan kau di saat kau berada dalam kesusahan. Kita sudah saling percaya dan kau aku anggap seperti saudaraku. Tetapi kenapa sekarang kau pergi meninggalkan aku?" 

Mesej itu dihantar kepada Ahmad. Tetapi status kirimannya 'Pending'. 

15 minit kemudian, sahabatnya Ahmad menelefonnya.

Ismail bertanya kepada Ahmad, "Kenapa telefon tidak dapat dihubungi selebum ini?"

"Minta maaf bro, aku bukan sengaja mematikan telefon. Aku bukan sengaja lari dari kau tetapi aku mematikan handphone aku sebab aku sedang menjual handphone aku supaya dapat membantu kau. Lalu duit hasil jualan handphone itu dapat aku berikan kepada kau.

"Aku beli handphone yang murah agar aku boleh menghubungi kau dan memberitahu bahawa aku telah transfer duit yang kau perlukan itu ke dalam akaun bank kau," jelas Ahmad.

Ismail sangat menyesal dengan tindakannya yang bersangka buruk pada sahabatnya itu. Dia terasa sangat kecewa dengan dirinya. 

Allah berfirman dalam Al-Quran,

"Hai orang-orang beriman, jauhilah dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa," 

Surah Al-Hujuraat 49:12

Sentapnya tu di sini. - Amirul Imran


Kredit THEHYPEMEDIA.COM

'Bro, Boleh Tolong? Aku Perlukan Duit RM300, Penting Sangat' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel