Akhirnya Pemilik 3 Buah Kapal Terbang Tersadai Tampil Mengaku Dan Beri Penjelasan!


Berikutan notis yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenai tiga buah kapal terbang yang tersadai di KLIA, hari ini pemilik ketiga-tiga kapal terbang berkenaan telah tampil membuat mengaku kapal terbang berkenaan milik mereka.

Memetik laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson, berkata tiga buah pesawat itu sememangnya milik mereka sejak 8 Jun tahun ini.

"MAHB tahu tentang perkara ini kerana kami sudah sering berhubung dengan mereka berkenaan pesawat tersebut.

"MAHB bagaimanapun enggan membuat pengesahan pemilikan pesawat berkenaan kepada kami walaupun kami memiliki dan telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, termasuk resit pembelian," katanya.

Syarikat peguam Syed Ibrahim & Co yang di wakili peguam Syed Amir Ibrahim telah menjadi saksi prosedur dokumentasi dengan mengakui kebenaran dakwaan Peterson itu.

Peterson menjelaskan bahawa pihaknya kini dalam proses menanti panggilan perjumpaan daripada MAHB untuk menyerahkan lebih banyak dokumen berkaitan pemilikan tiga pesawat berkenaan.

Namun mereka dikejutkan dengan penyiaran notis yang meminta pemilik datang menuntut pesawat tersebut.

Swift Air Cargo buat masa ini dikenali sebagai Splunk n’ Dash Sdn Bhd, sementara menanti kelulusan perubahan nama itu daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kesemua pesawat itu dijual atau dilupuskan. - Siakapkeli.my

Akhirnya Pemilik 3 Buah Kapal Terbang Tersadai Tampil Mengaku Dan Beri Penjelasan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel