Smartphone Jenama UMNO, Jangan Terkejut Lihat Harganya!
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 bukan sahaja medan untuk pemimpin-pemimpin dari parti politik tersebut berucap malah turut menyediakan ruang pameran dan salah pameran yang menjadi tumpuan ramai adalah produk telefon pintar berjenama UMNO.
Pengeluar telefon tersebut menyediakan perkhidmatan untuk mengubah paparan pada skrin dan juga jenama bagi sesebuah telefon pintar, yang membolehkan sebarang organisasi atau badan korporat untuk mempunyai telefon pintar berjenama mereka sendiri.
Telefon pintar yang dipertontonkan di pameran itu hadir dengan satu launcher khusus menampilkan logo UMNO termasuklah pada bahagian wallpaper.
Portal Amanz melaporkan telefon itu dilengkapkan dengan skrin bersaiz 5.5 inchi HD IPS, storan dalaman sebanyak 16GB, 2 GB RAM, cip pemprosesan empat teras.
Selain itu telefon terbabit juga didatangkan dengan sokongan dwi-SIM dan 4G LTE dan 2500mAh.
Dari segi software pula, ia dilengkapkan dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.
Dari segi kamera pula, ia hadir dengan kamera 13 megapiksel di belakang dan kamera 5 megapiksel di depan.
Menurut poster telefon tersebut, ianya dijual pada harga RM888 sempena promosi. -Siakapkeli.my