'Uncle Ini Bayar Duit Kopi RM60 Pada Pegawai MPAJ Untuk Kekal Berniaga'


Pengakuan dari uncle yang jual buah naik motosikal berniaga di tapak parking MPAJ di Pandan Perdana.

Sebulan, uncle ini bayar duit kopi (rasuah) RM60 kepada pegawai MPAJ yang ditugaskan menjaga kawasan ini. Harga duit kopi berbeza mengikut jenis perniagaan. Ada yang RM80, ada yang RM100, ada yang RM150, ada yang RM200, ada yang RM500 dan seterusnya.

Andaian satu kawasan dijaga oleh satu pegawai ada 50-80 peniaga tanpa lesen. Purata sebulan duit kopi RM5,000-RM10,000 diperolehi dengan mudah sahaja. 

Penguatkuasa pula masing-masing mendapat habuan sedikit untuk diamkan diri atau biasakan diri dengan aktiviti tersebut. Bila penguatkuasa naik pangkat jadi pegawai, tradisi mulia sejak zaman berzaman ini diteruskan dan diwarisi turun temurun.

Indon ke, Bangla ke, Myanmar ke, Thailand ke, semua menggunakan cara yang sama untuk terus kekal berniaga. Aku pun boleh bayar duit kopi untuk selesa berniaga di jalanan. Tetapi jahat-jahat aku masih kenal halal haram dosa rasuah nak bagi makan pada anak isteri. 

Sebab itu, setahun sekali aku lebih rela naik court DBKL bayar saman berniaga tanpa lesen daripada membayar rasuah untuk kekal beriaga di jalanan tanpa disaman.

Kita rakyat memang tak boleh buat apa-apa. Hanya tengok sajalah. Buatlah aduan atau apa-apa pun memang tidak akan ada sebarang tindakan. Fitnah? Hantar surat saman, korang tahu mana nak cari daddy. - Aizuddin Ismail

Kredit THEHYPEMEDIA.COM

'Uncle Ini Bayar Duit Kopi RM60 Pada Pegawai MPAJ Untuk Kekal Berniaga' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel