Ini owner Sinar Permata. Dipanggil ustaz tapi bukan ustaz. Penipu dunia. Ambil duit saya RM150,000 sebagai pelaburan membuka cawangan Sinar Permata di Sungai Petani, Kedah, dengan janji dividen tertentu dan duit modal jika diminta balik akan dipulangkan cash bila-bila masa tanpa kurang.
Tetapi apa yang berlaku, bila saya minta balik duit saya, mula-mula diberikan cek tendang. Selepas itu janji nak bayar RM10,000 sebulan. Hampir dua tahun baru selesai bayar RM100,000.
"Baru hari tu saya balik Kelantan pergi jumpa dia minta duit itu. Selamba dia jawab tak nak bayar,"
Baki lagi RM50,000, beliau tak mahu bayar. Katanya bangkrap sedangkan sekarang Sinar Permata masih aktif di seluruh negeri terutamanya ibu pejabat di Kelantan.
Cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Lelaki ini yang dipanggil ustaz telah menganiaya kami sekeluarga. Dia pinjam duit saya RM150,000 dengan pelbagai janji manis. Bila minta semula duit saya, dia hanya bayar RM100,000 sahaja.
"Dia bukan ustaz. Orang panggil dia ustaz sebab sering keluar TV dengan perwatakan warak dan baik tetapi sebenarnya penipu,"
Adakah ini satu penipuan dan penganiayaan? Adakah mualamat yang ditonjolkan oleh Islam?
Hati-hatilah supaya tidak menjadi mangsa kepada pemangsa ini. Sesiapa yang pernah menjadi mangsanya tolong tampil ke depan dan tolong viralkan post ini kepada orang ramai agar tiada lagi mangsa lain yang ditipunya. - Rozi
Difahamkan, Puan Rozi telah membuat laporan polis berhubung perkara di atas.
Kredit THEHYPEMEDIA.COM