Kenapa Tak Sertai Maharaja Lawak? Ini Jawapan Simple Tapi Sentap Saiful Apek!
Sebanyak RM1,000,000 tawaran hadiah kepada juara Maharaja Lawak Mega, siapa yang menolak bukan?
Tapi Saiful Apek atau nama sebenarnya, Saifulazam Mohamed Yusoff, 46 lain pula ceritanya. Dia dikatakan tidak memandang langsung wang ganjaran tersebut.
Menurut laporan dari mStar online, pelawak terkenal yang popular bersama kumpulan Senario itu menolak untuk menyertai MLM kerana untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior tanah air.
“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai MLM namun saya menolak kerana berasa ia sudah tidak penting buat saya.
“Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak, kenapa pula saya mahu jadi peserta?
“Lagi pula tiada apa lagi hendak dibuktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memegang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut,”katanya.
Menurutnya lagi, program itu bukanlah sebagai ukuran untuk menentukan kualiti seorang pelawak kerana di pentas pertandingan yang hanya disiarkan dalam rancangan tv Astro berbayar sahaja.
“Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seseorang pelawak bukan di pentas MLM kerana ia hanya di pentas Astro dan bukan di pentas Malaysia.
“Orang yang melanggan Astro sahaja kenal pelawak tersebut sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, pelawak kini terlalu dimanjakan dengan wang ringgit berbanding ketika zamannya dahulu sewaktu bersama kumpulan Senario.
Itulah sebabnya dia menganggap penyebab kedudukan pelawak-pelawak junior tidak kekal lama di persada seni. ─ Siakapkeli.com.my
Related Articles :
(GAMBAR) Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Filem, Lihat Wajah Terkini Aamir Khan Yang Amat Mengejutkan! Ini baru namanya pelakon hebat, sanggup korbankan bentuk fizikal semata-mata untuk menjayakan wataknya dalam sebuah filem. Pela ...
(7 Foto) Masih Ingat Wajah Waheeda Pelakon Filem Anak Mami, Jangan Terkejut Tengok Wajah Terbaru Beliau!! Daripada lirik mata Waheeda pun Abang Nara dah boleh agak betapa bahagia hidupnya bersama Akhil Hayy sekarang. Lagi beberapa keping ...
5 Gambar Anak Dara Rosyam Nor Yang Sangat Comel, Pasti Cair! SIAPA tidak kenal dengan artis bernama Rosyam Nor yang telah menjadi seorang legend dalam dunia hiburan dan perfileman. Mungkin ...
Selepas Menang Juara Parodi, Ini Luahan Ikhlas Tauke kepada Pak Yus, Ramai Tak Sangka! Kelmarin, Pertandingan Juara Parodi sudah pun berakhir dan seperti yang anda tahu pemenangnya ialah Kobis Pedas yang dianggotai ...
Wow! Ini Alasan Kukuh Kenapa KJ Tercalon Dalam Anugerah Meletop Era 2016 Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tercalon sebagai calon awal kategori Bintang Online Meletop pada Anugerah Meletop Era 201 ...