Suram. muram. gelap.
Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut malam tadi.
Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa.
Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal.
Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya.
“Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar),” kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini.
"Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.
“Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh.
Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar.
“Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat “merapati" dengan Anwar,” katanya.
Malaysiakini
'SAYA PERNAH TIDUR SEKALI DENGAN ANWAR, TAK JADI APA-APA PUN'
Related Articles :
Betul Tak Bersalah? Ini Cabaran Tun Mahathir Kepada Datuk Najib! Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menunjukkan kepada rakya ...
Melampau,Biadap & Bangsat! Ini Komen Zizan Nin Perbuatan Peserta Bersih 4 Pijak Gambar Najib Pada hujung bulan Ogos lalu ramai kita mengetahui berlakunya sebuah perhimpunan yang di namakan Perhimpunan BERSIH 4 di sekitar ba ...
Tun M: Dah Gagal? Bagi Peluang Kepada Orang Lain Pula! KUALA LUMPUR - Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas Perd ...
Benarkah Saya di "BOO" oleh Perwakilan UMNO Pontian? Ini Jawapan PANJANG Ahmad Maslan! Lama juga saya berada dalam gelanggang politik dengan keahlian biasa dan pelbagai jawatan hingga kini, sudah sekitar 30 tahun. Na ...
(7 Gambar) 20 Ribu Sambut Kehadiran Mukhriz Di Stadium Darulaman! Himpunan #SelamatkanKedah di Stadium Darulaman dihadiri lebih 20 ribu orang rakyat Kedah.Kedatangan YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir ber ...