Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Viral Kucing Jadi Naga!

Sebelum ini, selalu kita tengok gambar kucing yang diubah seaakan naga dan diwarnakan dengan warna hijau menjadi viral di laman sosial. 


Kisah sebenarnya adalah di mana sebuah salun haiwan di Rusia menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi haiwan lain atau serangga.

Portal berita Mail Online melaporkan, salun di Yeka­terinburg, Russia itu dalam satu kes melampau, mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada pewarna tersebut boleh mengancam haiwan peliharaan namun Gotz mendakwa bahan pewarna itu ‘mesra’ kepada haiwan berkenaan.

“Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea,” katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.
Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai di mana haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

“Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat,” katanya.

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Viral Kucing Jadi Naga! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel