Kedai Makan RM2 di Jitra, Semua Hidangan Dijual Dua Ringgit, Teh O Cuma 50 sen!
JITRA: Kedai Makan RM2, sesuai dengan namanya, menawarkan sepinggan nasi berlauk dan semangkuk mi pada harga tersebut.
Ia menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang menghargai saiz hidangan dan keenakannya walaupun ditawarkan pada harga rendah.
Pemilik gerai, Rohaya Md Desa, 44, berkata hidangan yang ditawarkan di gerainya seperi nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng and kue tiaw goreng, kesemuanya dijual dengan harga RM2 setiap satu.
Minuman digerai tersebut dijual pada harga RM1 manakala kopi-o dan teh-o panas boleh didapati pada harga 50 sen.
Rohaya yang membuka gerai di luar perkarangan rumahnya di Kampung Changhai, Jalan Sintok Lama di Changlun dekat sini pada Disember tahun lalu mengekalkan harga untuk makanan dan minuman sejak awal pembukaan gerai tersebut.
"Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya tidak menaikkan harga makanan.
"Pendapatan saya sedikit berbanding yang lain tetapi perniagaan ini masih laku.
"Saya berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dan menganggap ia sebagai berkat bahawa gerai saya sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui di gerai tersebut pada Jumaat.
Rohaya berkata beliau masih dapat menawarkan makanan tersebut pada harga yang murah kerana mendapatkan bekalan sayur-sayuran, ikan dan ayam daripada pemborong.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dengan menetapkan setiap hidangan makanan pada harga RM2, golongan miskin dan kurang berkemampuan boleh menikmati makanan di gerai tersebut.
"Saya pernah miskin juga semasa kegawatan ekonomi pada 1998 apabila perniagaan saya jatuh," katanya.
Beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM2,000 sebulan.
Makanan kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Changhai yang dijual hanya RM1.
Pemandu jengkaut, Lim Kim Sing, 60, berkata dia pada mulanya tidak percaya makanan ditawarkan pada harga RM2 sehingga dia sendiri berkunjung ke gerai tersebut.
"Walaupun ia murah dan berbaloi untuk wang anda, makanan di sini tidak kurang sedapnya berbanding dengan gerai lain yang menawarkan hidangan pada harga lebih tinggi," kata Lim.
Pekerja warga Indonesia, Lia Amalia, 28, berkata dia akan pergi ke gerai tersebut hampir setiap hari.
"Saiz hidangan yang disediakan berpatutan, rasanya juga sedap dan harga ditawarkan cukup murah," katanya.
Gerai Rohaya dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Rabu. -mStar online
Related Articles :
Luahan Sayu Sultan Johor Selepas 12 Hari Kemangkatan Tunku Jalil! Selepas 12 hari pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil akibat kanser, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa rindu terhad ...
Terharu! Tak Mampu Beli Jersi, Lihat Apa Yang Ayah Ini Lakukan Untuk Anaknya TIDAK berkemampuan membelikan anak kesayangannya jersi pemain bola kesukaannya, Lionel Messi, seorang bapa dari Afghanistan meng ...
Rahsia Keajaiban & Keanehan Air Zam-zam Mengalir Tanpa Henti Ditemui Saintis! Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering wala ...
Inilah Sikap "Kawan Terteruk" Yang Patut Dijauhi! Kita memang digalakkan berkawan dan bersahabat. Kadang-kadang kawan ni mampu memberi kita kebahagaiaan selain dari keluarga. Tapi ta ...
MasyaAllah! Ustaz Ahmad Dusuki Dedah Rahsia Apa Yang Dilakukan Arwah Tok Guru Jika Ada Masalah Begitu pantas masa berlalu, rupanya sudah setahun insan yang ternyata disayangi ramai iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ...