Akibat Ceroboh Sekolah, Baca Apa Yang Berlaku Kepada Lelaki Ini!


JABI - Tindakan seorang lelaki menceroboh masuk sebuah sekolah di sini membawa padah apabila ditahan pengawal keselamatan sekolah tersebut.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu disedari pengawal terbabit yang sedang membuat rondaan di kawasan pejabat pentadbiran sekolah, sebelum ternampak seorang lelaki menyelongkar bilik guru.

Katanya, mengesyaki suspek sedang mencuri, pengawal tersebut bertindak mengekori dan cuba menahannya.

“Ketika usaha memberkas, berlaku pergelutan antara pengawal dan suspek. Namun, suspek akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan orang kampung yang kebetulan melalui kawasan itu apabila terdengar bunyi bising,” katanya.

Kata sumber lagi, akibat pergelutan itu, suspek mengalami kecederaan di kepala dan belakang badan serta lebam di lutut juga bengkak di siku kanan.

Suspek berusia 28 tahun yang dikatakan menetap di sebuah kampung di sini, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan ada menerima laporan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda).

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan,” katanya.

Akibat Ceroboh Sekolah, Baca Apa Yang Berlaku Kepada Lelaki Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel