'Tak Pandai Baca Tak Apa, Nanti Besar, Pandailah Dia'


Susahnya jaga anak, susah bila kita nak pastikan dia selalu ikot acuan kita. Lagi susah bila kita yang mula aturkan segala agenda hidup untuk dia, termasuklah aku.
  • Aku nak Aishah bijak sebijaknya.
  • Aku pilih school terbaik untuk Aishah dengan harapan dia akan genius, intelligent, semualah.
  • Aku nak Aishah dah pandai membaca sekarang (3 tahun)
  • Aku nak Aishah dah pandai berenang kuak lentang.
  • Aku nak Aishah speaking english berterabur macam anak mat salleh (english man).
  • Aku nak Aishah main lego boleh buat KLCC, Legoland landscape, KL Tower dan semua.
  • Aku kalau boleh, nak semua baju Aishah brand Kenzo, Dior, Burberry, Dolce Gabanna.

Tapi hakikatnya,
  • Aku pun malas nak ajar Aishah even nk tunjuk-tunjuk flash card, balik office, aku tengok movie. Tak pun aku buat kerja aku.
  • Aku dulu pun tak masuk tadika, masuk darjah 1 terus.
  • Aku pun tak pandai swimming, lepas itu nak Aishah macam Pandelela Renong.
  • Aku pun pandai english bila keluar UIA (23 tahun).
  • Aku sampai sekarang pun reti susun lego ikot color, buat kotak empat segi jer.

Tapi sekarang aku masih beli baju brand Cotton on, H&M, FOS, PDI jer kat Aishah (lagi murah dari brand Anakku, Pureen etc). Beli Kenzo pun satu jer (duit bonus DS Najib bagi RM500). Beli Guess di JPO sebab 70% discount. Beli Poney, Hush Puppies bila YES.

Ni Allah bagi aku kesedaran sebentar utk recall balik. Aishah tak minta pun semua yang aku acukan itu. Aishah tak tahu apa-apa pun. Aku yang extra vaganza sangat. Dah masuk 30 tahun baru reti nak berfikir.

Aku rasa apa yang Aishah nak dengan umur dia sekarang ini MAIN/PLAY saja. That is all she needs. Aku suka the way school yang Aishah pergi English Camp baru-baru ini conduct silibus dia untuk preschool. It's play and learn. Aishah hari-hari beritahu nak pergi sekolah jauh mami (memang jauh go and fro almost 60km). Sebulan jugalah isi minyak kereta RM50 dua hari saja bertahan. I'm not going to be paranoid mom anymore.

Teringat seorang doktor (lecturer bukan medical doctor) yang aku jumpa masa open house rumah sv hari tu, "biar saja dia nak main pun, tak pandai baca pun tak apa. Nanti besar pandailah dia tu"

Selepas itu ada yang mencelah.

"Bukan apa, takut dia masuk sekolah nanti (standard 1), dia saja tak pandai membaca tetapi orang lain dah reti,". 

Aku pun start mengelabah balik tetapi relaks saja sebab aku yakin, sooner or later, Aishah pandailah tu. Mami pun tak cerdik masa sekolah dulu Sha! Mami relaks saja sekarang buat PhD. Mami buat cara mami yang tak geniuslah. Lambat pun tak apa, janji berazam dan beriltizam gitu. 

So mommies, fret not! Sampai masa anak kita pun mampu goncang tiang sekolah juga (main tukar tiang) LOL! - Wahida Onizuka. 

Kredit THEHYPEMEDIA.COM

'Tak Pandai Baca Tak Apa, Nanti Besar, Pandailah Dia' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel