Punca Sebenar Jasad Ibu Yang Dikebumi 3 Hari Terpelanting Keluar Dari Kubur Terjawab!


Seorang pegawai perisikan telah disahkan maut manakala bapanya mengalami cedera parah selepas bom yang ditanam di dalam kubur ibu mangsa meletup semasa dua beranak itu menziarahi kubur ibu mangsa di Kampung Bo Jet Look, Yala semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 pagi semalam, kesan letupan tersebut sangat kuat sehingga membuatkan jasad ibu mangsa terkeluar dari liang lahad yang baru sahaja dikebumikan pada tiga hari yang lalu.

Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kol.Pol. Kerisda Keawjandi menyatakan bom seberat 10 kg itu dipercayai ditanam oleh kumpulan pemisah iaitu Rakib Dollah yang menyasarkan mangsa.

Mangsa yang dikenali Sheik Chedomad merupakan anggota renjer di daerah tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Aziz Chedomad cedera parah.

Ketua Pejabat Daerah Muang Yala, Konsakul Chanraj menyifatkan tindakan itu sangat kejam dan melampau sehingga penduduk kampung juga turut terkesan.

Punca Sebenar Jasad Ibu Yang Dikebumi 3 Hari Terpelanting Keluar Dari Kubur Terjawab! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel