Mohon Sebarkan! Kilang Mee Jenama ‘Melayu’ Disita, Status Halal Diragui!



STATUS terbaharu seorang pengguna Facebook, Normala Yusoff  yang mendakwa satu jenama mi kononnya menggunakan nama ‘Melayu’ tetapi sebenarnya diragui kehalalannya menarik perhatian ramai netizen tempatan.

Menurutnya, jenama ‘Melayu’ itu sebenarnya keluaran sebuah syarikat milik pengusaha Cina dan tahap kualiti pemprosesan mi tersebut diragui berikutan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).




Assalamualaikum, jangan beli mi jenama Azam. Syarikat Cina tapi pakai nama Melayu. Pekerja Bangladesh tak pakai sarung tangan dan penutup mulut. Logo halal palsu dan tidak diiktiraf. Member reporter yang beritahu.

Tadi dia ikut JAIS sita kilang. Kilang beroperasi di Jalan Baru, Kampung Baru Sungai Buluh,” tulis Normala yang turut menyertakan dua keping gambar hasil operasi serbuan secara mengejut oleh pihak JAIS.

Mohon Sebarkan! Kilang Mee Jenama ‘Melayu’ Disita, Status Halal Diragui! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel