Orang Ramai Keliru, "Status Terkini" Masjid Lapang Besar !


KUANTAN: Orang ramai yang melalui jalan Putra Square untuk ke pusat membeli belah Capital Malls (East Cost Mall) pasti tertanya-tanya dengan status terkini masjid baharu Lapang Besar dekat sini. Difahamkan, masjid yang sudah lama disiapkan oleh pemaju  itu sepatutnya sudah boleh digunakan sejak enam bulan yang lalu, namun hingga kini ia masih belum beroperasi. 


Tinjaun krew PDO ke lokasi baru-baru ini mendapati rumput-rumput di kawasan masjid berkenaan sudah mula panjang dan tidak terurus. Malah ada laporan orang awam, masjid tersebut telah dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, kenapa selepas enam bulan mendapat kunci daripada pemaju ia masih tidak digunakan?. Walhal masjid sedia ada yang terletak berhampiran kini sudah terlalu padat untuk 
digunakan terutamanya ketika solat Jumaat.



Umum mengetahui masjid Lapang Besar sedia ada mahu dirobohkan untuk projek pembangunan oleh pemaju. Apapun surau berkenaan telah pun diberikan kebenaran solat Jumaat sejak tahun lepas. Makanya, kini semakin ramai jemaah yang memenuhi setiap ruang di surau terbabit setiap kali waktu solat Jumaat. Perpindahan ke masjid baharu yang dikatakan boleh memuatkan lebih ramai jemaah perlu dilakukan segera, kerana pada masa ini tikar dan khemah terpaksa didirikan hingga ke tepi jalan. Malah, ruangan yang penuh menyebabkan jemaah terpaksa bersolat di kawasan tandas. 



Justeru, orang ramai yang ditemui hairan kenapa masjid baharu berkenaan masih belum digunakan lagi. Mereka keliru apakah masalah yang berlaku sebenarnya. Maka itu diharapkan pihak berkuasa agama bertindak segera bagi menangani isu ini. Jika tidak pasti lebih banyak spekuasi dan kontroversi akan melanda. Kredit#pahangdaily

Orang Ramai Keliru, "Status Terkini" Masjid Lapang Besar ! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel