Freekick Faiz Subri Viral Bertaraf Dunia.. Ini KOMEN Safiq Rahim Yang Buat Ramai TERHARU !!!
Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, menyifatkan jaringan gol menerusi sepakan lencong pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri adalah sesuatu yang luar biasa. Katanya, jaringan itu juga adalah hasil daripada usaha berterusan yang dilakukan Faiz dalam sesi latihan di padang, sekali gus berharap teknik itu terus dapat dikekalkan pemain itu.
“Apa yang saya lihat, gol dicipta oleh Mohd Faiz memang cantik, boleh dikatakan luar biasa. Alhamdulillah, apa yang dia dapat adalah hasil daripada latihan yang dilakukan setiap hari. “Saya harap Mohd Faiz dapat kekalkan teknik miliknya itu untuk masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan JDT di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dekat sini, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai kelebihannya melakukan sepakan ‘inswinger’, Safiq berkata, beliau meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari untuk menghasilkan tendangan yang baik
“Bagi pasukan JDT, kami juga ada latihan tambahan untuk sepakan percuma, yang mana tiga atau empat pemain diarahkan berlatih menyempurnakan sepakan. Selepas latihan, ada masa tambahan dalam 20 minit dengan menggunakan 30 biji bola. Bagi saya, kalau tak banyak latihan kita tidak boleh menjadikan sepakan itu sempurna.”
“Mungkin ini juga adalah satu anugerah, kelebihan yang kita ada, jadi kita tajamkan lagi kerana setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya.
KREDIT BERITAHARIAN.