Home /
Semasa /
Warga Tempatan Maut Terkena Tembakan : ATM Sahkan Dua Anggota Ditahan Polis Bagi Bantu Siasatan!
Warga Tempatan Maut Terkena Tembakan : ATM Sahkan Dua Anggota Ditahan Polis Bagi Bantu Siasatan!
KOTA BHARU, 8 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan bahawa dua anggotanya kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan melibatkan seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.
Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin, siasatan terhadap kes itu turut dijalankan oleh pihak polis selain pihak ATM.
"Pihak polis (sedang) membuat siasatan... pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.
"Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Lapor Bernama, dalam kejadian 7.15 malam pada Khamis itu, seorang lelaki warga tempatan 30-an maut setelah terkena tembakan anggota tentera yang sedang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Anggota tentera tersebut melepaskan tembakan selepas van yang membawa lelaki berkenaan tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.
Tembakan tersebut dikatakan terkena lelaki tersebut yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan. - Siakapkeli.my
Related Articles :
Terbongkar! Sebab PM Najib Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah? Jangan Terkejut! KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit ...
Patutlah Nak Pindah ke JDT! Inilah Gaji Bulanan Azrif Nasrul Haq Dari Pasukan SelangorAzrif Nasrulhaq tidak bersetuju gaji yang diterima 40k sebulan oleh pasukan Selangor Kredit: http://beritapsiko.blogspot.com ...
Apabila Kebenaran Mula Bangkit... Rakyat Mengharapkan 2 Hero Ini! ‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’ Pemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak meng ...
Mengejutkan! Inilah Nasib Yang Diterima Import Baru JDT Paulo Rangel Setelah Beraksi Longlai Semalam - Paulo Rangel bakal ke JDT II sebagai penyerang import- Seorang penyerang import baru akan digandingkan bersama Diaz. Masih dalam p ...
SubhanAllah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk... Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri. KLANG - Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusi ...