Home /
Semasa /
Sukan /
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK!
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK!
Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Menurut Tunku Ismail, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Tunku Ismail juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.
"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.
Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.
Selain itu, Tunku Ismail juga berkata dia masih lagi belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez. Selain itu Tunku Ismail juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.
"Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah," katanya. -Siakapkeli.my
Related Articles :
Apa Itu Puskas Award FIFA? Senarai Pemenang Bermula Tahun 2009 Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah P ...
MENGEJUTKAN! Keputusan Sample B Chong Wei Positif KUALA LUMPUR, 8 Nov: Sampel B pemain badminton Nombor satu dunia, Lee Chong Wei telah disahkan positif dexamethasone. Badmin ...
Setelah Didesak, Akhirnya Azeez Jelaskan Mengapa Peguam Negara Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH! Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menolak dakwaan se ...
Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 13 Bulan Lalu? Inilah 3 Foto Terbaru Beliau! Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal bersendirian di rumah. ...
Dato Vida Beli Phd di Universiti Charles Molnar Dan Ini Buktinya ??? Nama Dato Vida memang bergitu gah di Malaysia. Sebut saja program popular yang dia tak sponser. Mana-mana pergi kalau ditanya siapa ...