Apa Itu Puskas Award FIFA? Senarai Pemenang Bermula Tahun 2009


Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah Presiden Sepp Blatter. Anugerah ini diperkenalkna untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau "fantastik" secara tahunan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an. Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

"Penting untuk mengekalkan ingatan mereka yang bermain bola sepak yang telah meninggalkan sejarah kepada kita. Ferenc Puskás bukan sahaja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa. Oleh itu, FIFA gembira untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan mendedikasikan anugerah ini kepada ingatan beliau," kata Blatter ketika merasmikan anugerah ini di Budapest.

Tempoh anugerah ini buat kali pertama ialah dari Julai 2008 hingga Julai 2009. Anugerah tahunan telah dilangsungkan buat kali pertama di Switzerland yang dimenangi oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.

Berikut ini adalah senarai pemenang FIFA Puskas Award mulai tahun 2009 - 2014.


     * 2009  : C Ronaldo, Manchester United v Porto

     * 2010  : H Altintop, Turkey v Kazakhstan

     * 2011   : Neymar, Santos v Flamengo

     * 2012   : M Stoch, Fenerbahce v Genclerbirligi

     * 2013   : Z Ibrahimovic, Sweden v England

     * 2014   : J Rodriguez, Colombia v Uruguay

Terbaik!

Apa Itu Puskas Award FIFA? Senarai Pemenang Bermula Tahun 2009 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel