Babi Punya Cikgu Sekolah Tampar Anak Aku! - Syam


Babi punya cikgu sekolah jeram tekoh....mu tampar muka anak aku..aku tak pernah tampar anak aku ....anjing punya cikgu...anak baru darjah 1.....mu tgk nasib mu esok cikgu babi...


Aku ada baca status dari Astro Awani.

Berita macam ni, memang selalu keluar kat Astro Awani.

Dan seperti yang aku duga, SEKEJAP aje jadi viral kat facebook. Maklumlah, ramai gila “keyboard warrior” yang sukakan isu-isu panas macam ni untuk umpan segala fans diorang untuk baca cerita ini kat fanpage dan facebook mereka.

Tapi, aku bukan nak tekankan isu keyboard warrior. Lantak depalah. Itu memang kerja abadi mereka. Kalau tak sebar berita panas, memang bukan keyboard warrior la jawabnya.

Isu Cikgu Tampar murid sekolah.

Sebelum aku terlupa, meh baca skrinshot yang aku ambil dari Astro Awani untuk tatapan bersama.

Baca dengan hati terbuka.

isu cikgu tampar murid
TERBARU – Isu cikgu tampa murid.
First, aku tak kata cikgu itu tidak salah.

Dari segi undang-undangnya, memang cikgu tu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang KALAU ibu bapa murid itu mahu ambil tindakan. Tetapi, ibunya tak kesah. Ibunya ok. Ibunya rasa itu adalah satu tindakan yang tepat untuk mendidik anaknya. Jadi, tak ada tindakan yang diambil dan cikgu itu selamat. Lebih menarik lagi, ibu kepada budak yang kena lempang itu, siap upah lagi cikgu tu sebagai private tutor anak dia. In the end, ini kes ibu bapa yang ada kesedaran dan anak pun ada kesedaran sikit. Kalau jumpa anak yang kuat mereport dan mak bapak pula jenis kuat melenting..memang sengsara la cikgu sekolah tu..



….

Well.

Secara jujur, aku pun sebenarnya TAK SUKA lempang atau tampar anak orang.

Tapi, kalau dah tahap kurang ajar, aku lempang semua orang termasuklah samseng kat tepi jalan. Bukan seorang dua samseng aku dah lempang dan terajang. Tapi alhamdulillah, samseng tu tak tahu jalan nak pergi rumah aku. Jadi, tak boleh la depa nak balas dendam. Mana taknya, kalau satu lawan satu..aku yakin lagi boleh menang. Kalau setakat 5 orang serang serentak, aku yakin lagi boleh kalahkan mereka semua. Tapi kalau ajak kawan lebih dari 10 orang. Panglima perang negara X pun angkat kaki punya seribu langkah.

Begitu juga disekolah, sejak dah jadi cikgu sekolah beberapa tahun ni..tipulah aku tak pernah lempang anak orang. Kalau nak cakap, ramai gak la yang kena lempang. Yang kena lempang level SATU tu memang banyak la. Tapi kalau dah kena lempang level 2 tu, maksudnya itu dah tahap kurang ajar lebih dari tahap samseng sekolah.

Lempang level 1

Bila budak buat lawak bodoh, mengajuk cakap cikgu, pukul kawan sesuka hati depan cikgu dalam kelas, maki cikgu, cakap cikgu bodoh, bagi alasan bodoh bila tak siap kerja sekolah, bila cikgu suruh buat pembetulan, dicampaknya buku tulis dan buku teks depan cikgu, tak nak dengar cakap cikgu, melawan cakap cikgu, cakap lucah depan cikgu, mencarut depan cikgu..selak skirt budak perempuan dan sebagainya.

Siapa yang buat benda-benda macam ni, memang biasanya aku bagi lempang level 1.

Lempang level 2

Nak cari gaduh dengan cikgu. Membuat percubaan untuk pukul cikgu. Cuba buat tendangan padu maut pada cikgu. Tumbuk perut kawan dan aku nampak. Tendang kawan sampai terhantuk kat meja. Lempang kawan dalam kelas. Buli kawan dalam kelas. Ugut nak pukul kawan. Ambil buku teks yang tebal dan ketuk kepala kawan sekuat hati. Raba murid perempuan.

Dan memacam lagi..

Senang cakap, tahun ni dah lama jugaklah aku tak lempang budak. Sebab budak-budak sekolah aku dah banyak yang jadi baik.

Sekolah pun dah jadi aman dan sentosa.

Samseng sekolah darjah 6 pun ramai gak yang dah bertaubat.

Kalau dulu dah jadi samseng, sekarang dah jadi tali barut cikgu yang hensem –> Pengawas sekolah baju biru yang disegani dan digilai oleh murid-murid perempuan bertudung comel. Tak sia-sia aku suruh diorang “iron” baju buat sipi tajam-tajam dan letak minyak rambut tebal-tebal.

Mungkin berkat khabar angin yang aku sebarkan sejak awal tahun.

Siapa kurang ajar, aku akan lempang dan PAKSA mak bapak budak pindahkan anak diorang ke sekolah lain.

Aku banyak pegang kelas hujung-hujung. Jadi, kelas budak baik-baik ni biasanya takde masalah sangat. Paling buruk pun, tertinggal buku teks aje. Paling teruk pun, bising dalam kelas. Tapi kalau kelas hujung, banyak cabarannya. Kekadang, lempang itu perlu untuk DIDIK diorang. Dan of course, memang kena lempang diorang dalam keadaan emosi yang terkawal walaupun hakikatnya memang susah nak kawal bab emosi nih.

Tapi biasanya, bila aku dah terlempang anak orang.

Ini yang aku akan cakap kat diorang dan bagi MURID lain dengar..

“ESOK, suruh bapak dan mak kau jumpa cikgu. Cakap cikgu nak jumpa. WAJIB!”



….

Dan sejak 4-5 tahun yang lepas sehinggalah ke hari ini, tak ada SEORANG pun mak bapak yang datang jumpa aku.

Sama ada mak bapak itu tak berani jumpa aku sebab takut kena lempang jugak kerana tak reti jaga anak ataupun anaknya sendiri tak bagitau mak bapak diorang sebab tak nak aku nak jumpa mak bapak diorang dan “REPORT” perangai buruk diorang kat sekolah. Percayalah cakap aku..anak-anak korang ni memang berbakat besar jadi pelakon hebat satu hari nanti. Kecik-kecik lagi dah pandai berlakon.

Kesimpulan.

Cikgu-cikgu kat sekolah ni, bukan suka hati diorang nak lempang anak orang. Sekali diorang lempang, umpama lempang diri sendiri. Umpama toreh tangan sendiri. Umpama rasa diri ni tak berguna sangat dah..

Sekali lagi aku tegaskan..

TAK ADA CIKGU yang tak SAYANG dengan anak murid kat dunia nih..

Walaupun begitu, semua cikgu kat Malaysia ni TURUT tahu, rotan, marah, maki, ceramah, denda ringan-ringan dan memacam lagi dah TAK MAKAN, dah TAK LUT, dah tak BERKESAN untuk murid-murid yang kurang ajar nih. Lebih-lebih lagi murid-murid zaman sekarang. Siap bawa lagi note 2 dan S4 lagi ke sekolah. Tu lom lagi yang berlagak tunjuk iphone mahal diorang..

Trust me.

Pergilah mana-mana sekolah yang ada murid-murid kurang ajar nih..kalau korang boleh survive tanpa tak terguris hati dan makan hati selama 3 bulan..korang memang ada skill mengawal emosi yang tak terkalah dan aku boleh iktiraf korang sebagai guru yang tidak ada perasaan disekolah. Mesti masuk kelas, tulis nota dan latihan kat papan hitam dan suruh budak salin walaupun tahu hakikatnya, tak sampai SEPULUH orang yang salin dan belum tentu lebih dari 5 orang yang siapkan latihan yang diberikan.

isu cikgu sekolah lempang murid
Biasa ni. Biasa nih..
Bukan senang nak DIDIK murid-murid zaman sekarang nih.

Nak jeling pun, ada yang ugut nak saman cikgu.

Nasib baik, murid jenis macam ni takde kat sekolah aku.

Kalau ada, dengan mak bapak sekali aku bagi ceramah tentang tajwid dan fekah.

Mesti dah lama tak baca muqaddam kan mak bapak macam ni?

Aku aku antara jutaan dan ribuan murid-murid yang dah pernah kena 1001 macam denda, kena terajang dengan guru, kena kepit tangan dengan cikgu, kena jalan itik kat asrama perempuan, kena lari keliling padang lebih dari 100 pusingan, kena lompat katak keliling court bola tampar lebih 10 round, kena tampar laju-laju dengan cikgu, kena cubit kat pipi, pinggang dan lengang. Kena ketuk kat jari dan tapak tangan dengan pembaris kuning. Kena pelangkong kat kepala pakai buku teks, kena campak dengan kapur putih dan marker pen, kena tulis “saya akan siapkan kerja sekolah” dan “saya akan bawa buku teks setiap hari” sebanyak 1000 kali dan kertas itu dikoyakkan depan aku. Kemudian, suruh tulis semula..dan memacam lagi denda NGERI yang tak mampu dah aku nak fikirkan kembali..

But you know..

I’m survive in this harsh and beautiful world.

Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku.

Tanpamu, aku takkan tahu membaca, mengira dan menulis blog seperti hari ini.


Kredit: http://ahmadfaizal.com

Babi Punya Cikgu Sekolah Tampar Anak Aku! - Syam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel