Ketua Umno Kuantan Dedah Siapakah Penderma Dan Mengapa Derma RM2.6 Bilion!


Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat  mendedahkan siapakah penderma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu di mana wang tersebut adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS) selain penghargaan Malaysia perjuangkan agama Islam.

Ini komennya:

"Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini."

“Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” 

“Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” 

Ini kesimpulan yang boleh dibuat dari ucapan Dato Wan Adnan:

PENDERMA
- Arab Saudi

PUNCA DERMA
-Penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

-Kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Bagi Dato Wan Adnan, penjelasan itu membuatkan semua ketua bahagian berpuas hati dan mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.


sumber: sinarharian

Ketua Umno Kuantan Dedah Siapakah Penderma Dan Mengapa Derma RM2.6 Bilion! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel