Luahan Pengguna Ditindas ASTRO Tersebar, Adakah Anda Juga Alami Perkara Sama?


Seorang pengguna ASTRO meluahkan kekecewaan terhadap syarikat penyiaran swasta berkenaan yang telah menyusahkan beliau.

Menurut wanita berkenaan, dia telah menamatkan langganan ASTRO dan telah diarahkan agar set dekoder, remote dan kad dikembalikan kepada ASTRO dalam masa 30 hari.

Tidak seperti sebelum ini yang mana ASTRO hanya meminta kad dekoder dikembalikan.

Melihat syarat itu sebagai tindakan yang membebankan dirinya, wanita itu meluahkan rasa kecewanya dengan ASTRO.

"Wah! Banyak untung ya. Dahlah terikat dengan kontrak masa mula-mula ambil (langgan). Buat promosi bukan main. Suruh tukar dekoder la, pakej ini dan itulah. Letih betul. Takkan tak boleh lantik agen untuk collect benda-benda tu? Pelik sungguh.


"Kata dah maju, kaya raya dah ASTRO ni. Orang-orang jual kecil-kecilan pun ada pakej delivery dan pick up," katanya.

Difahamkan wanita berkenaan dalam proses memohon TM UNIFI bagi menggantikan langgan ASTRO yang didakwanya mencekik darah pengguna. 

"Dahlah bukan setiap daerah ada tempat yang boleh terima set yang nak dipulangkan ni. Adoii.. tambang teksi saya siapa mau bayar? Kalau tak hantar, ASTRO nak penalti pula saya RM500," keluhnya.

Wanita berkenaan merasakan dirinya ditindas oleh ASTRO. Namun rakan-rakannya telah menasihatkan agar beliau melaporkan perkara berkenaan terhadap Tribunal Pengguna.

Kredit: TheHypeMedia.com

Luahan Pengguna Ditindas ASTRO Tersebar, Adakah Anda Juga Alami Perkara Sama? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel