20 Kata-Kata Nostalgia Dan Mencuit Hati Daripada Dato' Hasbullah Awang


Dato' Hasbullah Awang baru saja dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang tadi dipercayai akibat komplikasi jantung. Allahyarham telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak minggu lepas.

Karier awalnya bermula di RTM dan yang terakhir sekali bersama dengan ASTRO.

Sepanjang kariernya, Allahyarham banyak menghiburkan para peminat sukan sama ada bola sepak, badminton dan lain-lain. Namun, Allahyarham lebih dikenali dalam arena sukan bola sepak ekoran ayat ulasannya yang klasik, lucu dan meninggalkan kesan di minda peminat sukan.

Pemergian pengulas sukan lagenda ini pasti akan dirindui. Al-fatihah... 

Di bawah kami senaraikan 20 ayat yang mencuit hati peminat sukan sepanjang Allahyarham bertugas sebagai pengulas sukan. Baca dengan nada dan intonasi beliau, pasti akan terkenang zaman-zaman popularnya. 

1. "Pemain ini yg berasal dari....dibesarkan di...mula mendapat pendidikan awal di....ehh...dah gol..disitu...mcmana gol saya pun tak pasti..sebab saya sibuk baca profil."

2. "Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yg ke 25 tahun"

3. "Bersilat nampaknya matyo di situ" - Piala AFF Suzuki

4. "Dia mengapung-apungkankan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didlam gelangang"

5. "Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara."

6. "Penyokong trw membelah bnjaran titiwangsa utk dtg ke stadium bkit jalil..." - Final 1987

7. "oh sayang... Hanya ketepatan saja yg tidak menepati..... "

8. "Nampaknya telah kelihatan bunga bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkn pemain dapat mengawal emosi"

9. "Wisel panjang telah dibunyikan dan perlawanan yang amat menarik sekali yang kita dapat perhatikan. Semoga berjumpa dilain hari. Kembali ke studio, silakan Hafizal Ahmad. Terima kasih, terima kasih, terima kasih"

10. " dannnnn GOOOOOOLL ohhh tidak.. terkena tiang disitu dan membiass terkeluar dari garisan gol.. ahhhh.. sayang sekaliiii."

11. "Manusia paling pantas dimuka bumi" 

12. "ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia2kan oleh pemain yg berasal dr kajang...bersekolah di Taiping dan di besarkan di johor...mendapat spm 8A dan makanan kegemaran nasi ayam..."

13. "Tendangan padu dari TMJ tepat ke arah corner flag"

14. "safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. safee sali di situ.. safiq diseberang sanaa menanti bola"

15. "satu rembatannn..ooo...terkena palang...syg skali..palang menjadi penghalang"

16. "mereka berkampong di kawasan penalti"

17. "Kita ketahui pemain ini yg dianggap ayam tambatan sukar dicari... Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali."

18. "bola dikaki Badrul Muhayat...oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon."

19. "Sayang, sebiji padi sahaja lagi...."

20. " tandukan yang tidak tepat, nampaknya tengkuknya kurang kuat"

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita dikembalikan. Belangsungkawa Seorang Pengulas Sukan yang amat dikenali dengan celotehnya yang mesra, mengamit suasana seni sukan tanah air. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

20 Kata-Kata Nostalgia Dan Mencuit Hati Daripada Dato' Hasbullah Awang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel