6 Nov: iPhone 6 Mula Dijual Di Malaysia, Jangan TERKEJUT Lihat Harganya!

iPhone 6 akan mula dijual di Malaysia mulai 6 November pada harga jualan yang rasmi bermula dari RM2,399 untuk model kapasiti 16GB.


iPhone 6 akan mula dijual pada pengguna Malaysia bermula 6 November ini dan menariknya harganya adalah sama dengan iPhone 5S, iaitu bermula pada harga RM2,399 untuk model permulaan dengan 16GB ruang storan. Namun memandangkan Apple telah menghentikan pengeluaran telefon pintar dengan ruang storan 32GB, model seterusnya, berkapasiti 64GB dijual pada harga RM2,749, manakala model paling tinggi dengan 128GB ruang storan dijual pada harga RM3,149.

Harga bagi model iPhone 6 Plus yang berukuran 5.5 inci pula dicatakan sebagai RM2,749 bagi model 16GB, RM3,149 bagi model 64GB dan RM3,549 bagi model 128GB ruang storan.

Berikut adalah senarai harga bagi model-model iPhone yang sedang dan masih dijual Apple Malaysia:

iPhone 6
iPhone 6 16GB – RM2,399
iPhone 6 64GB – RM2,749
iPhone 6 128GB – RM3,149

iPhone 6 Plus 
iPhone 6 Plus 16GB – RM2,749
iPhone 6 Plus 64GB – RM3,149
iPhone 6 Plus 128GB – RM3,549

iPhone 5S
iPhone 5S 16GB – RM2,399 RM1,999
iPhone 5S 32GB – RM2,749 RM2,199
iPhone 5S 64GB – RM3,149Tidak lagi dijual

iPhone 5C
iPhone 5C 8GB – RM1,499
iPhone 5C 16GB – RM1,999 Tidak lagi dijual
iPhone 5C 32GB – RM2,399 Tidak lagi dijual

Anda jugak boleh membuat tempahan di syarikat telco tempatan seperti MAXIS ,CELCOM dan DIGI.

Sumber: SiakapKeli

6 Nov: iPhone 6 Mula Dijual Di Malaysia, Jangan TERKEJUT Lihat Harganya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel