Wajarkah? Bapa Pukul Anak 12 Tahun Dengan Tali Brek Basikal Kerana....
Kota Bharu, Kelantan: Seorang bapa yang berusia 38 tahun bertindak memukul anaknya yang baru berusia 12 tahun dengan menggunakan kabel brek basikal setelah mendapati anaknya itu telah mencuri telefon bimbit sepupunya pada Khamis lalu.
Selain dari dipukul dengan menggunakan kabel basikal, mangsa turut dicekik dileher dan ditendang kaki serta tangan.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II oleh neneknya untuk dirawat selepas kejadian pada jam 11 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, bapa mangsa terlebih dahulu membawa mangsa ke rumah sepupunya bagi menyerahakan kembali telefon bimbit yang dicuri.
Sebaik sahaja telefon bimbit itu diserahkan, bapanya mengambil kabel brek basikal yang berada di bawah rumah dan memukul mangsa.
"Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan.", tambahnya. -
Sumber: Siakapkeli