Dengan pelbagai teknologi yang canggih pada zaman ini, perkongsian sesuatu mesej maklumat dan juga ilmu menjadi semakin mudah bahkan hanya boleh dilaksanakan dengan menekan butang 'share' atau copy & paste. Semakin mudah cara untuk berkongsi, maka lagi cepatlah mesej-mesej berkenaan tersebar.
Tetapi pernahkan anda menerima mesej yang seakan-akan mendorong kita supaya berkongsi mesej tersebut? Sebagai contoh "Jika tidak forwardkan mesej ini, nescaya anda akan ditimpa bala" atau mesej seperti "1 share = 1000 pahala" seperti gambar di bawah? Apakah hukumnya sekiranya kita berkongsi mesej-mesej seperti ini?
Memetik dari khutbah Jumaat yang disampaikan di Surau Saujana Impian, Kajang pada 31 Oktober, sekiranya kita berkongsi mesej seperti ini, kita boleh menjadi syirik kepada Allah kerana kita percaya; sebagai contoh; dengan berkongsi gambar diatas, kita boleh mendapat 1000 pahala. Atau dengan perkataan lainnya, kita percaya mesej ini boleh mendatangkan pahala padahal pahala dan dosa itu hanya boleh ditentukan oleh Allah. Begitu juga dengan mesej yang berkaitan dengan bala.
Yang lebih merepeknya adalah dari mana datangnya nombor seperti 1 like = 10 doa dan 1 share = 1000 pahala? Adakah tertulis dalam mana-mana hadis atau Al-Quran? Pada pandangan penulis mereka yang mula-mula megeluarkan mesej ini hanyalah batak likes dan secara tidak langsung menyesatkan umat Islam.
Satu lagi contoh status update batak likes. Memanipulasikan perasaan simpati manusia untuk meningkatkan likes & share pada status update. |
Berkenaan dengan mesej yang mempunyai berita palsu pula, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat ini, kita boleh menyimpulkan bahawa Allah menyuruh kita memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum kita mempercayai dan menyebarkannya.
Jadi dinasihatkan kepada semua agar berhati-hati dengan apa mesej yang dikongsi.
Sumber: SiakapKeli