Tahniah! Shahrol Shiro Nikah Mac Depan - Dedah Sedikit Mengenai Bakal Isterinya


Setelah hampir lima tahun menduda, akhirnya pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Shahrol Shiro bakal berkahwin pada bulan Mac depan dengan seorang ahli perniagaan. Majlis nikah akan diadakan di kediaman bakal isterinya, di Johor Bahru.

"Insya-Allah majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac ini. Tentang tarikh nikah, sampai masanya saya akan beritahu secara live di radio Era FM.

"Dikesempatan itu nanti saya juga akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong perkembangan saya selama ini," ujar Shahrol dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hatinya itu, Shahrol bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat tetapi hanya menyatakan bahawa bakal isterinya nanti merupakan orang Johor.

"Walaupun saya pernah berumah tangga namun di Johor saya perlu hadir khursus kahwin jika mahu berkahwin lagi," kata Sharol yang sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan termasuk menghadiri khursus kahwin buat kali kedua.

Sebelum ini, Shahrol pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish berusia lapan tahun. - Myartis


Tahniah! Shahrol Shiro Nikah Mac Depan - Dedah Sedikit Mengenai Bakal Isterinya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel