'Tempahan Rekaan Kubur Kreatif Dibuka!' - Muntazir , Sila Baca Sebelum Komen


Tersebarnya gambar sebuah kubur yang dibina dengan konkrit serta diwarnakan dengan warna merah jambu di laman Facebook.

Gambar yang dimuat naik oleh Muntazir Nasrallah itu mengundang reaksi pelbagai pihak khususnya umat Islam. Setelah diselidik, gambar itu bukan berlaku di Malaysia. Besar kemungkinan di negara jiran. 

Difahamkan, kubur berkenaan adalah kubur seorang kanak-kanak perempuan yang sangat meminati warna merah jambu sehingga kuburnya juga dihiasi dengan warga kegemarannya itu.

Gambar yang dimuat naik oleh Muntazir itu sebenarnya bertujuan 'memerli' atau 'menyindir' golongan-golongan yang jarang nak menziarahi tanah kubur.


Mana taknya, orang sekarang lebih mementingkan hal-hal sendiri sehingga mengabaikan ibu bapa mereka sendiri. 

Tidak dinafikan, ramai golongan anak tanggang tidak mempedulikan atau memberikan perhatian  yang sepenuhnya pada ibu bapa ketika mereka masih hidup. Berbanding jika bersama dengan kekasih hati, sampai ada yang sanggup bersengkang mata hanya kerana mahu berkepit dengan si dia. 

Namun, apabila ibu dan ayah sudah tiada, barulah terhegeh-hegeh si anak mencari mereka. 

Posting ini adalah sebagai peringatan buat golongan-golongan yang dimaksudkan agar berubahlah, hargai ibu bapa atau orang yang disayangi sementara masih punyai masa untuk bersama dengan mereka. 


'Tempahan Rekaan Kubur Kreatif Dibuka!' - Muntazir , Sila Baca Sebelum Komen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel