Punca Sebenar Ayahanda Rani Kulup Diangkut ke Balai Polis!


GOMBAK, 5 Jan - Biarpun banyak membuat report, Raja report, Abdul Rani Kulup ternyata tidak kebal dari tindakan undang-undang apabila dia sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterima olehnya baru-baru ini.

Laporan Sinar Online menyebut, Rani Kulup dibawa ke Balai Polis Gombak menggunakan Proton Preve bewarna perak walaupun pada mulanya dia hanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India Muslim disini.

Rani Kulup sebelum ini menerima gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dari lelaki yang mengaku dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah.

Bagaimapun, majlis penganugerahan itu tidak diiktiraf dan Raja Noor Jan kini disiasat di bawah Akta Hasutan. - sumber


Punca Sebenar Ayahanda Rani Kulup Diangkut ke Balai Polis! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel