Isu 2.6Bilion, Ini Respons Zahid Hamidi Yang Buatkan Rakyat Pelik, KANTOI LAGI!




Seluruh rakyat Malaysia terutama sekali ahli parti pembangkang, sepatutnya sudah mula insaf dan tidak lagi menyoal isu berhubung dana berjumlah RM2.6 bilion dan SRC International. Seperti sedia maklum, siasatan mengenai isu tersebut yang melibatkan individu berjawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun selesai.

Hasil siasatan membuktikan Najib bukanlah penjenayah seperti yang didakwa. Jadi seeloknya orang-orang yang sering tuduh Najib sebagai penjenayah dan sebagainya tu, boleh mula bertaubat dan belajar terima kenyataan yang sebenarnya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak yang berani lagi nak mempersoalkan kecekapan dan ketulusan institusi negara tersebut. Malah tidak perlu lagi ada rasa tidak puas hati, dikalangan pemimpin pembangkang mengenai keputusan siasatan yang telah didedahkan.

Tambahnya, proses penyiasatan yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung isu sensasi itu telah dibuat mengikut prosedur yang betul. Malah turut meneliti dalam semua aspek termasuklah pemeriksaan terhadap setiap butiran dan bukti.

“Sebagaimana yang dijelaskan, tiada apa-apa syarat dikenakan terhadap sumbangan berkenaan yang dibuat secara peribadi kepada Perdana Menteri atas kepercayaan kepadanya, dan kepemimpinannya dalam isu-isu utama.


Saya sendiri mengetahuinya kerana telah bertemu dengan penyumbang tersebut. Perdana Menteri sendiri yang memilih untuk menggunakan sumbangan itu untuk faedah parti dan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara,” katanya


Namun begitu Zahid Hamidi sedar bahawa pihak busuk hati sememangnya tidak akan berhenti menyerang dan bertaubat begitu sahaja.

Pastinya akan muncul idea fitnah dan pelbagai tuduhan palsu bagi membangkitkan kembali kemarahan masyarakat. Oleh itu, pemimpin-pemimpin yang terlibat harus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pastinya kumpulan pemusnah ni mahu merosakkan lagi reputasi institusi negara yang semakin pulih kini. Tidak senang mungkin, apa bila agenda jahat mereka untuk memburukkan reputasi kerajaan telah gagal.

“Kita telah menghabiskan banyak masa akibat isu ini, saya meminta semua pihak supaya terus ke hadapan. Kita perlu bersatu sekarang, dan mara ke hadapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.


“Beliau merupakan orang yang tepat untuk membawa kita semua mengharungi badai ekonomi global dan ancaman keselamatan yang dihadapi,” katanya.

UtaraNews.com

TAPI

Rujuk balik yang admin colour merah kat atas tu.Tak pelik ke? Bukan Raja Arab Saudi yang bagi sumbangan tu dah meninggal dunia??? Fikir-fikirkan :)

Isu 2.6Bilion, Ini Respons Zahid Hamidi Yang Buatkan Rakyat Pelik, KANTOI LAGI! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel