Ditambah Lagi 33 Syarat Rasmi Tajaan, Akhirnya KAFA Mengalah Dan Buat Keputusan Ini!


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju untuk menerima penajaan daripada Vida Beauty Sdn. Bhd. untuk pasukan bola sepak Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW).


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika mengesahkan perkara itu berkata kedua-dua pihak akan memeterai kontrak rasmi penajaan tersebut pada 15 Januari ini.

“Alhamdulillah, perbincangan rasmi KAFA-DS Vida (Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman) selesai sebentar tadi… DS Vida telah mengemukakan 33 point/terma tambahan dan ia telah dibincangkan.

“Tindakan susulan akan diambil bersama dan InsyaAllah pada 15 Januari ini segalanya akan diformalize (dimuktamadkan) dalam bentuk contract (kontrak) rasmi,” katanya dalam entri terbaharu Facebook beliau.

Sementara itu, pihak KAFA bersetuju untuk menawarkan jawatan Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017 kepada Dr. Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida.

Annuar berkata tawaran tersebut memandangkan komitmen Dr. Vida yang tinggi serta pengalaman luas dalam penjenamaan dan pemasaran produk keluaran syarikat kosmetik tersebut.

“Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kemajuan bola sepak Kelantan,” katanya.

Penajaan daripada syarikat itu menjadi perhatian ramai apabila Dr. Vida dilaporkan bakal membelanjakan RM1 juta untuk kos hias termasuk mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu dan menjadikan stadium berkenaan sebagai kem “Pamoga Qu Puteh TRW”. – BERNAMA

Ditambah Lagi 33 Syarat Rasmi Tajaan, Akhirnya KAFA Mengalah Dan Buat Keputusan Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel