Dilabel 'Orang Kaya Bodoh', Datuk "Terlajak Laris" Mengamuk di Instagram!!!



Pemilik rangkaian produk D'Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila di digelar "Orang Kaya Bodoh".

Aliff meluahkan perkara itu menerusi satu gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Gambar yang dimuat naik itu memaparkan perbezaan antara "Sembilan Melayu Terkaya di Malaysia" dan Alif serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman.

Aliff berkata, tindakan pembuat gambar tersebut keterlaluan dan meminta agar dalang disebalik penyebaran gambar itu supaya tampil ke hadapan.

Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah.  Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni,” luahnya di kapsyen gambar terbabit.

Gambar tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program "Terlajak Puteh Nampak" yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Program tersebut dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi. - Siakapkeli.my



Dilabel 'Orang Kaya Bodoh', Datuk "Terlajak Laris" Mengamuk di Instagram!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel