Cerita Sebenar Gambar Pekerja Kaunter JKM yang Didakwa 'Bentak' dan Bercakap Kasar!


Berikutan tersebarnya sekeping gambar yang mendakwa seorang pekerja kaunter di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) yang dikatakan bercakap kasar seolah-olah banyak kerja dengan seorang pembekal.

Menurut  pengadu yang dikenali sebagai Roslinda itu, dia dikatakan hendak berjumpa dengan bos besar JKM, tetapi menerima layanan sedemikian dan pekerja berkenaan baring (letak kepala atas meja) selama 10 minit dan baru hubungi bos selepas itu.


Kerana penyebaran gambar ini, pihak JKM melalui laman Facebooknya telah tampil menjawab perkara berkenaan.

Menurut JKM, kakitangan yang gambarnya disebarkan itu merupakan seorang pekerja OKU fizikal dan merupakan pekerja sementara yang menerima latihan perantis.

Kakitangan tersebut juga dikatakan tidak sehat sehingga beliau tidak selesa, walaubagaimanapun, kakitangan tersebut telah dinasihatkan untuk tidak mengulangi perkara tersebut.



Rumusan:

— Penama adalah OKU
— Penama nafi berbuat demikian
— Tiada rekod pembekal yang berurusan di pejabat itu dalam tempoh November 2015
— Tukang viral telah menutup akaun Facebook

Cerita Sebenar Gambar Pekerja Kaunter JKM yang Didakwa 'Bentak' dan Bercakap Kasar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel