AWAS! Curi kereta sekarang semudah ABC!

Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek sedang berusaha menghidupkan engin kereta.
KOTA BHARU – Kurang seminit, seorang penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta jenis Perodua Kancil ketika orang ramai sedang sibuk menjalani aktiviti harian mereka, di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di Jalan Raja Dewa, di sini, tengah hari, Ahad lalu.

Lelaki bertubuh kurus berkenaan mulanya datang dengan menaiki sebuah kereta jenis sama dipercayai bersama seorang rakan yang memandu kereta tersebut dan kemudiannya masuk tempat kosong yang menempatkan deretan kereta lain di kawasan itu, pada jam 1.19 tengah hari.

Suspek turun dari tempat duduk penumpang hadapan dan tanpa menutup pintu kereta, suspek mencabut getah pada cermin bahagian pemandu kereta yang ada di sebelahnya serta memasukkan senjata dipercayai besi sebelum dua, tiga kali jolok, berjaya membuka pintu kereta itu.



Seterusnya, enjin kereta dihidupkan dan mereka masing-masing dengan memandu kereta beredar dari lokasi kejadian tanpa disedari sesiapapun.

Tindakan terbabit, bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup yang diletakkan pada dinding bangunan bersebelahan tempat letak kereta berkenaan.

Rakaman berdurasi seminit 36 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik di laman Facebook dan tersebar meluas melalui aplikasi Whatpps. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana curi kereta.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memakir kereta atau meninggalkan kereta mereka di satu-satu kawasan berisiko. Pihak polis sedang giat menjalankan usaha membanteras jenayah curi kenderaan di negeri ini,” katanya.

AWAS! Curi kereta sekarang semudah ABC! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel