Ini Dia Syarat Daripada Siti Nordiana Jika Mahu Kahwini Dirinya



Penyanyi terkenal yang baru sahaja menjuarai Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana menyatakan kehidupannya sudah lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie.
Tambahnya, beberapa pengalaman yang lepas telah banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik terutama dalam mencari teman hidup.
“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.
“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” ujar Nana.
Penyanyi jelita itu memberitahu individu yang mahu mengahwininya pada masa hadapan sewajibnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.
Sumber: http://mediasensasi.com/

Ini Dia Syarat Daripada Siti Nordiana Jika Mahu Kahwini Dirinya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel