Terbongkar! Najib Guna Whatsapp Tentukan Rombak Kabinet - Ketua UMNO Bahagian Pontian


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dikatakan membuat keputusan rombakan Kabinet menerusi aplikasi Whatsapp dan tidak berbincang menerusi saluran tertinggi parti tersebut.

Ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan, sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali kumpulan WhatsApp ketua-ketua UMNO bahagian meminta pandangan ahli kumpulan terbabit sama ada rombakan perlu dilakukan atau tidak.

"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata memetik laporan TMI.

Hasni mempertikaikan cara yang digunakan itu kerana sebarang keputusan yang penting perlu dirujuk terlebih dahulu menerusi Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Negeri.

"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.

Tambah Hasni lagi ada ketua bahagian di dalam kumpulan Whatsapp itu yang besar kepala dan menghukum ketua bahagian yang lain hanya kerana mereka lebih rapat dengan Najib.

"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain

"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Mengulas tentang penyingkiran Muhyiddin Yassin dari Kabinet, Hasni menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Kami Umno Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet," katanya.

"Kami sangat terluka," katanya - Siakapkeli.my

Terbongkar! Najib Guna Whatsapp Tentukan Rombak Kabinet - Ketua UMNO Bahagian Pontian Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel