Wanita Dedah Pengalaman Ngeri Hampir Disamun 6 Lelaki Di Genting Sempah!


Peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Selepas 'check out' dari Bukit Tinggi, kami plan nak terus ke Fraser pula. Nak singgah isi minyak, nampak orang jual Durian King. Tibai dulu walaupun harga RM70.00 sebiji. Selepas itu, isi minyak kereta di Genting Sempah.

Datang dua lelaki India beritahu nak tarik kereta. Suami tanya saya, 'Kita tak bayar ke?'

Saya kata 'kita dah bayar dah,' Siap saya tunjuk lagi slip bayaran dan suruh lelaki India tu call bank. Tetapi lelaki India itu tak nak call bank dan 'Surat Tarik' pun diorang tak bawa.

Bila saya pandang kereta mereka, Perodua Myvi, tak ada nombor plat depan dan belakang. Saya dah mula cemas, begitu juga dengan suami saya. Kami ke tepi sikit dan mereka tak nak berganjak. Lepas itu, mereka datang suruh kami jalan juga. 

Bila kami jalan, datang kawan-kawan mereka naik Honda berwarna putih, menambahkan lagi ketakutan kami. Depan belakang seolah-olah kami dikepung. Terus suami saya menghubungi pihak polis.

Sementara menunggu polis tiba, kereta mereka berlegar-legar sambil memerhatikan kami. 

Ya Allah, takutnya masa itu. Nak minta tolong orang ramai pun, takut mereka ada senjata. Elok polis sampai je, mereka berterabur. Polis sarankan pergi buat laporan di balai. 

Dalam perjalanan ke balai, saya terpandang mereka duduk di tempat parking biasa dan ada lagi rakan mereka naik kereta Proton Waja berwarna putih.

Saya dah mengelabah nak menangis semua walaupun ada polis di depan mata. 

Lepas itu, kami ikut polis dan lalu lorong ini (gambar di atas), terserempak dengan Myvi yang tak ada nombor plat dan polis terus tahan. Saya perasan, tiba-tiba nombor plat ada pula di bahagian belakang tetapi depan tak ada. 

Polis suruh dia pergi ke balai dan tidak semena-mena geng suspek datang dan menambahkan lagi ketakutan kerana polis itu hanya berdua sahaja. Mereka pula seramai enam orang. 

10 minit mereka berbincang dengan polis, saya tengok polis meminta kad pengenalan serta merakam gambar mereka. 

Selepas itu, datang seorang lelaki Melayu (rakan mereka) berjumpa dengan suami saya dan merayu sampai menangis-nangis minta jangan buat laporan. Kalau buat laporan, mereka semua akan masuk ke balai sebab rata-rata mereka tengah ada kes. 

Saya dengan suami yang pada mulanya takut tak ingat bertukar menjadi keliru. Tidak lama selepas itu, datang pula lelaki India yang mengertak kami awal-awal kejadian tadi merayu sampai nak mencium kaki berharap kami tidak membuat laporan.

Difahamkan, dua anggota polis berkenaan memarahi mereka kerana telah membuatkan kami trauma sampai ke anak-anak.

Yela, takut mereka samun kami di tepi highway ke apa ke. Bermacam-macam kemungkinan yang ada niat jahat mereka itu. Bank sampai call beritahu jangan serahkan kereta dan buat laporan polis sebab kereta kami bukannya ada surat RO pun. 

Agak lama bermain 'tarik tali' dengan segala ketakutan, trauma, akhirnya suami berpakat dengan polis. Polis menahan mereka sementara kami sampai ke suatu kawasan yang selamat, barulah polis melepaskan mereka. Bukan apa, takut mereka mengekori kami dari belakang dan melakukan sesuatu yang buruk.

Dah banyak kes samun di RNR Genting Sempah dan Highway. Suami tak nak buat laporan sebab takut mereka berdendam dan mencari kami pula. Benda dah menjadi iguan ngeri. Sampai Tapah baru call polis dan maklumkan dah rasa lega sikit. 

Ya Allah, mujur kami semua selamat dan tiada apa yang buruk berlaku. Cuma saya yang masih trauma dan bila teringat, saya jadi takut. 

Buat kawan-kawan, berhati-hatilah ye semua. Kalau orang datang nak buat benda yang tak baik pada kita, ambillah tindakan sewajarnya. Orang berniat jahat sanggup buat apa saja pada kita. Harap benda-benda seperti ini tidak berulang lagi.

Diceritakan oleh Aishah Mawardah Alias

Wanita Dedah Pengalaman Ngeri Hampir Disamun 6 Lelaki Di Genting Sempah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel