Mr.OS Meninggal Dunia Sakit? Ini Kisah Sebenar!

Assalamualaikum,,

hari yang sangat mencabar semalam bile bermacam macam berita sampai dan berduyun duyun call masuk utk mendapatkan kepastian.. 

 jadi harini aku akn ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. setelah ada yang mengeluarkan berita palsu tentang Abah Meninggal Dunia.. Allahuakbar.. 


berita ni mula tersebar semalam bila gambar abah dimasukkan ke hospital minggu lepas tersebar melalui wassap.. ok kami pun tak tau punca utama gambar tu boleh tersebar. dan disini aku bagi pihak keluarga ingin menegaskan bahawa, ABAH MASIH HIDUP, dan dia semakin sihat Alhamdulillah, gambar beliau dimasukkan ke hospital itu betul.

8 hari abah di tahan di wad untuk menjalani sedikit pembedahan tonsil. dan telahpun selamat pulang ke rumah pada sabtu lepas selepas Doc melaporkan abah semakin pulih dan boleh pulang. kini kesihatan Abah beransur baik, dan semakin baik.. 

Alhamdulillah, Terima Kasih buat yang terus mendoakan kesihatan Abah, Semoga Allah membalas dengan perkara yang baik baik insyaallah, Bagi yang terus Menyokong Mr.Os dan memberi kata semangat untuk beliau aku juga ingin mengucapkan terima Kasih, InsyaAllah kalau tiada apa yang menghalang, Beliau akan mula berkerja seperti biasa tidak lama lagi.. 

Bagi yang menyebarkan berita palsu, aku harap ianya dapat di hentikan serta merta.. kami tak marah cuma kami sedikit terkilan dengan berita bergitu.. namun Abah pun ada cakap pagi tadi.. takpela.. mungkin ni Ujian Allah bagi untuk die Bagi bende baik lepas ni Insyaallah,, Abah mmg verry positif org die,, dan die sangat kuat semangat.. bukan kami taknak menceritakan tentang dia berada di hospital, tapi ini adalah pemintaan dari beliau sendiri yang mana,, taknak orang nampak mcm beliau menagih simpati.. maaf buat semua sekali lagi.. dan Terima Kasih buat yang terus mendoakkan kesihatan beliau..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Sebarkan berita baik, cari aura baik, insyaAllah dapat yang baik-baik :)

Mr.OS Meninggal Dunia Sakit? Ini Kisah Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel